Wednesday, March 4, 2015

CINTA DUBLIN



Synopsis cerita….
Iskandar telah mengahwini Aleesa, gadis cantik, manis dan ayu  yang dicintainya sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka telah berkahwin seminggu sebelum berangkat ke London untuk ke rumah keluarga Aleesa. Mereka akan menyambung pengajian di Universiti Trinity Dublin….Adakah Aleesa mencintai Iskandar? Bagaimana Iskandar boleh mengahwini Aleesa? Mampukah Iskandar membuktikan cintanya kepada Aleesa apabila Aleesa mengetahui Emira sahabatnya sendiri mencintai Iskandar. Kenapa Aleesa menerima perkahwinan ini?
“Aku tahu jawapan cintamu, sayang. Kau telah buktikan cintamu,…kau membalas cintaku selama ini dengan semua ini… sehingga dirimu terseksa”. Bisik hatinya,sebak  menahan airmata namun airmatanya tidak dapat dibendung lagi Iskandar terus menangis.
Kak Mas melihat Iskandar menangis air matanya keluar mencurah-curah sehingga air hidungnya juga terkeluar. Dia menangis dan terus menangis. Perlahan-lahan tangisan itu reda. Kemudian Kak Mas bersuara.
“Kamu berkahwin atas dasar cinta?” Tanya Kak Mas
Iskandar tidak menjawab.
“Kamu berdua kahwin kena tangkap basah?”
Iskandar menggeleng..
“Kamu berdua dipaksa kahwin?”.
Iskandar menggelengkan kepalanya lagi.
“Kamu berkahwin atas pilihan keluarga?”
Dia juga menggelengkan kepalanya.
“Kahwin kontrak atau wasiat seperti dalam drama?”. Tanya Kak Mas lagi.
Dia tersenyum..tapi kepalanya digelengkan juga.

“Habis kenapa kamu berdua berkahwin? Bagaimana kamu berdua boleh berkahwin? sehingga kamu berdua boleh jadi begini? Boleh Is ceritakan pada Kak Mas?”.

Bagaimanakan semua ini terjadi…

2 comments:

  1. 10bet - Casino in MN - Get Bonus & Free Spins
    10bet is a popular online sportsbook in MN. 우리카지노 and 10bet you can 메리트카지노 win real money with it, which is why you can place a bet and be rewarded!

    ReplyDelete
  2. Why casinos are rigged - Hertzaman - The Herald
    In wooricasinos.info the UK, casino games are ventureberg.com/ rigged and there is evidence of fraud, crime herzamanindir or disorder https://deccasino.com/review/merit-casino/ or an individual's involvement. There are also goyangfc many

    ReplyDelete