BAB 1
Bau aroma nasi
dagang dari dapur rumah Tok Wannya menusuk ke dalam hidung membuatkan mata Lia
terus terbuka dan matanya menoleh ke arah jam tangan di atas meja tepi
katilnya, enam dua puluh pagi. Sedihnya masih terasa atas pemergian kedua-dua
orang tuanya mengadap Maha-Pencipta dua minggu yang lepas akibat kemalangan
jalan raya. Dia bingkas bangun dari katil menuju ke bilik air, diruang dapur
dilihatnya Tok Wan sedang memasak gulai ikan tongkol.
“Morning Tok
Wan” sapanya. Tok Wannya melirik ke wajah cucunya itu dengan menggelengkan
kepala.
“Assalamualaikum”
Balas Tok Wan menyindir cucunya itu.
Didekatkan
mukanya kearah Tok Wannya dengan matanya dikelip-kelip beberapa kali sambil
tersenyum. Tok Wan menampar lembut wajah cucunya itu.
“Cepat mandi
solat subuh dah nak habis tu”
Lia terus
melangkah masuk ke bilik air, terdapat dua bilik air di rumah Tok wannya satu
bilik air lama terdapat perigi di dalamnya dan satu lagi bilik air baru dan
moden yang di renovated oleh papanya
lima tahun yang lalu.
“Ashraf bangun…
nanti terlepas solat subuh” terdengar laungan aki mengejutkan adik lelakinya
yang liat bangun pagi. Usai sahaja solat subuh dan bersiap ala kadar Lia terus
keluar ke ruang dapur menolong apa yang patut.
“Kak Long tolong
ambil pinggan bubuh nasi tu” arah Tok Wan pada Lia. Kak Along itulah nama
samaran yang dipanggil oleh keluarganya pada Lia. Alia Nasuha anak sulung
kepada Mohd Helmi Hassan. Papanya merupakan salah seorang arkitek terkenal di
ibu kota Kuala Lumpur. Adiknya Ashraf Afian masih menuntut di Universiti Islam
Antarabangsa (UIAM) dalam bidang engineering. Siap menghidang sarapan pagi dia
memanggil aki dan adiknya. Mereka menikmati nasi dagang yang di masak Tok Wan
memang sedap mengalahkan chef terkenal, itu resepi nasi dagang Tok Wan turun
temurun. Sedang mereka menjamu selera tiba-tiba Lia bersuara.
“Aki, Tok Wan
esok kami nak balik KL”
Tok Wan dan
Akinya berpandangan. Akinya bersuara “Kamu dah nak mula kerja ke?”
“Iya Aki dah dua
minggu kerja di pejabat terbengkalai banyak perkara yang perlu dibereskan. Along akan atur semula kerja setelah papa
takde”. Jawab Lia dengan sedih. Aki dan Tok Wan mengangguk faham dengan situasi
yang bakal diharungi oleh cucunya itu.
“Ashraf pun kena
menyusur jugak Aki dah berapa hari Ashraf tinggal kuliah” Kata Ashraf, dia
faham hati datuk dan neneknya seperti dia juga kehilangan orang disayanginya. Anak
dan menantunya pergi dulu sebelum dia.
“Along, boleh ke
kamu handle syarikat papa kamu tu?” tanya Akinya.
“Insyaallah Aki,
dah setahun lebih Along kerja dengan papa semua kerja papa sebelum ini pun papa
dah banyak serahkan pada Along”. Terpancar pilu diwajah akinya dengan kata-kata
Lia seolah-oleh anak keduanya itu seakan tahu yang dia akan meninggal lebih
awal sebab itu semua kerja pejabat banyak diserahkan kepada Lia.
Lia dan Ashraf masuk ke bilik untuk mengemas
baju-baju yang akan dibawa pulang. Dia tidak membawa semuanya beberapa helai pakaian
akan di tinggalkannya kalau-kalau dia datang secara tidak sengaja ke rumah
datuknya maklumlah dia ada projek hotel yang sedang dijalankan di Tok Bali baru
dua puluh lima peratus.
Tok Wan
memandang suaminya dengan penuh tanda tanya selepas pandangannya beralih
melihat dua beradik itu masuk ke dalam bilik masing-masing.
“Aki dia tu,
saya risaulah tengok mereka berdua tu kesian pun ada, boleh ke si Lia mengambil
alih syarikat papa dia tu, dia tu masih muda mampu ke dia nak selesaikan
semuanya”
“Kita bagi lah
dia peluang ganti tempat papanya tu, nanti Ashraf tu habis belajar boleh lah
dia bantu kakaknya tu”
“Tapi Ashraf
baru aje balajar lambat lagi nak habis. Apa kata kita cari jodoh untuk dia
bolehlah suaminya tolong di syarikat tu”. Cadang Tok Wannya.
“Kita jodohkan
dia dengan Faris, saya tengok Faris tu suka sangat pada Lia” Balas Akinya pula.
“Betul juga tu,
nanti malam ni kita bincang dengan Lia” Jelas Tok Wan.
Lepas sahaja
waktu isyak pada malam itu Ashraf mengetuk pintu bilik kakaknya. Tuk tuk tuk.
Lia dengan rasa malas bangun membuka pintu.
“Ada apa dik?”
“Aki dan Wan
panggil, ada sesuatu nak bincang dengan along” mereka berjalan beriringan
menuju ke ruang tamu di mana Tok Wan dan Aki sedang menunggu mereka. Lia duduk bersila
di sebelah Wannya.
“Ada apa Wan dan
Aki panggil Lia?” soal Lia dengan hairan
“Aki dan Wan
kamu dah bincang, kami kesian tengok kamu bekerja sorang-sorang di syarikat papa
kamu tu, jadi kami cadang nak cari jodoh untuk kamu boleh juga suami kamu bantu
kamu nanti” Terang Akinya. Lia dan Ashraf terkejut mereka berpandangan. Lia
bersuara dengan perlahan.
“Ada calon ke
Aki?” Soalnya
“Aki kamu nak
jodohkan kamu dengan Faris, macam mana kamu setuju tak?”
Dua beradik itu
cuak mendengarnya. Belum sempat Alia menjawab Ashraf terlebih dahulu bersuara
“Faris mana?”
“Sepupu kamu tu
lah” Jawab Aki. Alia mendengarnya menarik nafas panjang sambil memandang
adiknya. Dia menggelengkan kepala lalu menjawab.
“Aki, Wan..Lia
faham, tapi Lia tak boleh terima dia sebagai suami Lia. Tok Wan dan Aki bagilah
Lia cari jodoh sendiri ini masa depan Lia dan kami berdua banyak perkara yang
perlu Lia pertimbangkan bukan mudah untuk Lia menerima seseorang dalam hidup
Lia. Lebih-lebih lagi mereka itu kenal siapa papa, mereka bukannya mahukan Lia
tapi mahukan harta papa. Alia minta maaf Alia memang tidak setuju.
“Ashraf pun tak
setuju jugak” menyokong kakaknya.
“Dah kamu bagi
kata putus kami tidak boleh buat apalah” Jawab Akinya.
“Tok Wan dan Aki
jangan risau, Along tahu apa yang Along buat” Jawabnya cuba menyakinkan nenek
dan datuknya.
“Esok pukul
berapa kamu berdua nak bertolak?” Soal Tok Wan
“Pukul 7.30pagi”
Jawab mereka serentak.
Alia Nasuha
meminta izin untuk masuk tidur dia, bangun meninggalkan dan di ikuti adiknya.
Ashraf mengikut jejak kakaknya ke bilik kakaknya itu. Dia merenung jauh wajah
kakaknya itu, Alia tersenyum melihat adiknya itu memikirkan sesuatu.
“Kenapa dik?”
“Ada betul juga
kata Wan dan Aki, along kena kahwin baru ringan sikit beban along. Tapi Ashraf
tak naklah along kahwin dengan Faris tu”.
“Kak long tahu,
along pun tak suka dia. Kalu along nak cari jodoh atau calon suami along tak
mahu dia kenal along siapa. Along nak cari orang yang betul-betul boleh
membantu kita dalam perniagaan papa. Along tak mahu apa yang papa usahakan
selama ini jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.”
“Kenapa long?”
“Sebab kalau ada
orang nak pun bukan pada kak Long tapi harta”. dia diam seketika setelah
memberi penjelasan.
“Along kalau tak
kahwin dengan Faris tu along akan tolong juga keluarga kita macam yang papa
selalu buat. Semua adik beradik papa akan minta pertolongan dengan papa. Tengok
macam Mak Su Ros anak dia Fatihah nak
kahwin pun minta dengan papa. Si Faris tu bukan nak pada kak Long pun sama juga
macam pak Long tu nak harta papa ajer.
Ashraf tahukan Pak Long tu memang cemburu dengan papa.”
“Apa along nak
buat?” soal si adik kebingungan
“Along tahulah
apa nak buat”. Jawabnya selamba
“Esok kita balik
rumah di Puchong dulu kita bincang dengan Mak Tim dan Pak Majid. Akak tak boleh
tinggal di sana”. Kata Lia
“Habis tu kita
nak tinggal rumah kita macam tu ke Long?”
“Itulah Long nak
bincang dengan mereka nak suruh mereka jaga saja rumah tu. Seminggu sekali
along balik rumah. Along lebih selesa duduk di Putrajaya dekat dengan pejabat kita. Nanti adik pakai saja kereta Hurrier
atau BMW X6 papa bawa pergi kolej”.
“Alah, Long bagi
Hyundai Sonata lah kat adik”
“Hoi! Itu kereta
akak mana boleh, jangan nak mengada-gada bawa salah satu kereta tu jangan pula
nak bawa perempuan ke hulur-ke hilir akak tak suka, kalau akak dapat tahu siap
adik” Marah dan pesan Alia pada adiknya.
Ashraf cuak dia
tahu kalau itu yang kakaknya kata akan dikotakan.
“Dah pergilah
tidur along nak tidur ni”. Arahnya pada Ashraf. Ashraf bangun meninggalkan
kakaknya. Lia mencapai telefon bimbitnya Samsung 19070i yang dibelinya 4 tahun
lalu, dia amat sayang telefonnya itu walaupun sudah lama. Dicarinya nombor
Syafikah merangkap setiausahanya, kalau dulu Syafikah PA papanya sekarang
bertukar tuan.
Berdering
telefon Syafikah dengan dendangan lagu Yuna ‘Terukir di bintang’. Syafikah
berlari mendapatkan telefonnya apabila terdengar telefonnya menyanyi dilihatnya
di skrin My Bos Alia Nasuha lalu dijawabnya.
“Hello, bos”
Alia mendengar panggilannya di jawab
“Assalamualaikum?
Kau apasal berbos-bos dengan aku malam-malam ni?”
“Waalaikumussalam.
Aku takut aku lupa yang aku bercakap dengan bos aku dah lama aku tak panggil
kau bos”
“Mengadalah kau
ni. Macam mana office? Ada yang mengular ke?”
“Berani ke
mereka nak mengular, aku report lah pada hang kecut perut mereka”
“Ha!!! tahu tak
pa. Esok aku balik tapi aku tak masuk office lagi, aku nak balik Puchong dulu.
Lusa aku masuk office aku nak kau buat appointment dengan AR Shukri jumpa di
pejabat dia”.
“Baik Cik Alia.
Roger!”
“Dah, aku nak
tidur kita jumpa lusa. Bye” Alia mengakhiri perbualannya.
Awal-awal pagi
lagi dia bangun kali ini dia tidak mahu Tok Wannya menyediakan sarapan pagi
seorang diri. Selesai bersarapan pagi itu Pak Hassan dan Mak Biah berada di
halaman rumah bagi menghantar dua cucunya itu. Sambil memerhatikan Ashraf
memasukkan bag ke dalam bonet kereta Hyundai Sonata yang baru dibelinya, tiba-tiba
sebuah kereta Honda Civic berhenti di depan rumahnya. Arshraf memandang empunya
keluar dari peruk keretanya siapa lagi kalau bukan Faris.
“Assalamualaikum”
Salam yang diberikan oleh Faris sejerus keluar dari keretanya. Mereka semua
menjawab salam itu. Faris bersalam dengan Tok Wan dan Akinya sesudah itu dia
berjalan menghampiri Ashraf menghulur salam di sambutnya itu oleh Ashraf.
Ashraf senyum memaksa, baru semalam mereka berbual pasal Faris hari ini dah terpacak
empunya diri.
“Ashraf dah nak
balik ke?” Soal Faris
“Ya, bang”
“Kakak Alia mana
tak ikut sekali ke?”
“Ada, tengah
bersiap” Jawab Ashraf acuh tak acuh malas nak layan si Faris.
Alia Nasuha yang
ada dibiliknya mendengar perbualan mereka di bawah. Dia mempercepatkan dirinya
untuk meninggalkan kampung halamannya itu, bukan benci pada Tok Wan dan Aki
tapi menyampah dengan sikap Faris yang selalu tunjuk baik di depan dua orang
tuanya itu, bermuka-muka. Dia mengapai handbagnya terus beredar dari bilik
menuju ke perkarangan rumah. Faris tersenyum manis apabila memandang gadis itu
menuruni tangga.
“Hi, Lia
cepatnya nak balik?”
“Dah dua minggu
kat sini” jawabnya selamba.
“Nanti sampai KL
Faris telefon Lia ok?” Soal Faris. Alia tidak menjawab pertanyaan itu hanya
senyuman yang diberi sebagai jawapan.
“Tok Wan, Aki
kami bertolak dulu nanti lewat pula sampai” Kata Lia. Mereka bersalaman dan
berpelukkan antara satu sama lain.
“Hati-hati bawa
kereta tu” Pesan Aki.
Lia memecut
kereta Hyundai Sonata yang dipandunya meninggalkan kampung halamannya di Besut,
Terengganu.